Saturday, April 18, 2009


Kisah kau, aku, dia, dan Dia...

dan menarilah seluruh alam dengan lagu2 kisah cerita citramu...

yang bisa meruntuhkan jiwa yang yakin padamu...

hingga luruh imanmu pada hiasan terindah dunia yang bertopengkan agama

tetapi berintikan nafsu yang bergelora...

pada hati yang keras pada masa lalu yan tersentuh pada keindahan dunia ini..
terlalu lembutnya kini menangis pada puisi cerita cinta yang pasrah pada keinginan yang cuba lari dari dosa dunia fana..

dan berlarilah kamu pada suatu tempat yang berpaksikan ugama, bertembokkan keinginan diri yang inginkan suat yanf indah semata-mata..

memikirkan pilhannya yan terbaik sedangkn ia tidak berkuasa pada isi berlaku seluruh alam masa hadapan...

dan kini teriakmu antara penawar jiwa yang cuba leka dengan naluri berbisa..

sedangkan sisa itu masih lekat di bahumu yang cuba mu alih kepada kuliah hidup masa silammu...

terbang semua lirik berbaitkan dusta sorakan keinginan suatu jiwa yang di yakini indah sedangkan ia berlagukan irama yang akan pudar..

lestarikan suatu perkataan yang kekal selamanya yang bisa pandangan itu di kaburi noda-noda hitam kisah yang mengalir bagai buih laut yang meliputi mutiara bernilai..

menanti masa hujan menghapuskan sisa buih itu bersama menyerlahkan kerdipnya nilai cinta pada ilahi..

sedang kan naluri ini masih kabur pada hiasan yang reput ditelan masa, hati di dalamnya tahu ada suatu yang semestinya kekal abadi..

dan kisah itu akan tamat bukan pada kiamatnya hari tetapi berlangsung pada mainan jari-jemariNya..

masih tercari suatu yang ada di hadapan hati sedang mata terkalih sentuhan hati yang nafsumu gelar kekasih..

bersatu suatu kisah pengembara cinta kekal selamanya...

kerana bersumberkan titis rahmat dari kasihnya...
menangis sisa dosa yang kau keasli andai dada mu masih kau sulami dengan hijab yang menutup aibmu...

maka tersingkaplah pengajaran yang kekal meski hujahmu kau tahu nilai suatu tindakan berlaku pada syumulnya ugama sedangkan itu cuma bicara suatu yang cuma memuaskan hati berkeinginkan kemenangan yang tak bermakna sesama manusia...

buta langkah kaki tanpa di sinari cahaya yang dicipta oleh terbakarnya semangat muda bersumberkan ugama...

kerna ia suatu percikan yang akan mencorakkan perjalanan insan yang putih pada azalinya menanti warna-warni sahabat yang cuba memaafkan kesilapan yang menundukkan ego dunia yang merosakkan ilmu di hati..

bersama music ini bermain meyebut kalimah-kalimah yang kekal hingga tamatnya masa berlatarkan irama tidak bersedia dan terkesima lantaran hujah hubungan sesama manusia cumalah mengaut keuntungan dan bukan pada kasih sesama manusia..

selagi kasih sayang wujud di dunia dan ada sesuatu yang hati ingin sayangi, selagi itulah wujudnya peperangan yang tak akan tamat selagi tidak lenyap semua cinta kecuali satu...

maka tersingkaplah kisah hikayat yang tidak tahu pengarangnya sedang penulisnya adalah diri sendiri yang seakan tercari-cari penutup suatu permulaan..

gelora kisah talib ku

"aku dah abis idea T_T"

izuna_pulse (^^,)

0 comments: