Friday, August 28, 2009



Dosaku yang mengharap ampunMu

ku insafi nafas itu yang kencang berlalu,
menanti halusnya roh mengalir di tubuh

mematikan rumpun seisi darah yang beku,
walau jaguh selautan,
rebah ia di pintu barzakh,

bercoretkan kalimah laillahaillallah..
mengharap pintu nan sedu
selancar mengalir air kesakitan
titis air mata kemaksiatan
tanda dosa ingin di ampunkan

dan aku tidak mahu di noda
seolah tiada hiasan dunia
yang terindah di gelar wanita

suatu indah cereka ketika hayat seluruhnya
bergalak menari tiada fikirkan dosa,

si ibu merela restu hubungan berdua,
namun ikatan nikah belum bersua,
mimpikan ikatan sah dari izin ibu keduanya,
punca mimpi menjadi dosa...

lalu sejoli mereka keluar bersama,
tanpa tahunya kedua dewasanya
berpaksikan hubugan yang iktirafnya manusia
tidak pula dihadapan yang Esa

mendatang hari dgn bermesra.
pipit sms msnjadi pengantara,
cinta di minda fikirkan tiada dosa,
laknat jelas di hukum yang Esa...

lesu cinta kita bila bersama,
dosa yang lama di hukum masanya...

maka tebelitlah lidah yang tiada ungkitnya,
kerana sesal galak jiwa gelisah,
kenangan silam sial tak sudah

kau ku tahu mahukan yang indah,
bisikan syaitan sesatkan bermadah
cintamu itu fikirmu sudah sah,
sedang dosa ampun tak sudah

tipisnya rohku yang sudah lemah,
kerana menanti tamat kisah suatu,
penentu syurga dan neraka...

maka terlintaslah sesal hidup ini,
mencari kekasih yang paling memahami...

tangisku akan diriku yang semakin lemah...
malaikat maut menanti di barzakh,

kan kuserahkan segala kepadamu,
ku nyonyot suara syaitan yang menjeratku,
agar murtad islam ku di saat rohku di situ...

kekasih yang tidak ku ingin,
kini memandu kala kesesatanku,
menari bersamaku menuju puncak,
bersama kalimah akuan Dia dan Rasulnya

selesai hembusan nafas Islamku...



"Meskipun hubungan cinta kita di restui keduanya, ajal maut masih menanti kita. Tidak bererti restu itu menghalalkan kita keluar bersama, bergembira, dan bermanja... Andai kata Dia mahu tamatkan segalanya, bila-bila masa nyawa kita boleh di tarikNya. Dan tiada sempat masa kita mengharap pengampunanNya. Suatu yang indah penamatnya di mulakan dengan keberkatan dan izinNya. Jika berpisah sementara tanpa berita yang adalah terbaik buat kita, maka penantian itu suatu jihad yang membawa kepada hikmah dan karamah..."

"insan yang dahaga"

(bulan pose kot...)
selamat bepose... hehe

2 comments:

wiwi said...

bgs2..

j*Lite said...

"Jika berpisah sementara tanpa berita yang adalah terbaik buat kita, maka penantian itu suatu jihad yang membawa kepada hikmah dan karamah..."